Sila log masuk terlebih dahulu.

Warden pusat tahfiz didakwa tumbuk, pijak pelajar

A
A
A

BERITA SEMASA 30 MEI 2023

Seorang warden sebuah pusat tahfiz dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini pada Selasa atas tuduhan mendera pelajarnya termasuk merotan dan memijak perut serta dada hingga cedera, pada Februari lalu, lapor wartawan Sinar Harian Melaka, Nor Farhana Yaacob.

Tertuduh, Muhammad Farhan Abdul Rashid yang merupakan warganegara Singapura bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas lima pertuduhan dibacakan di dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Mohd Sabri Ismail.

Berdasarkan dua pertuduhan di hadapan Darmafikri, dia didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan ke atas dua pelajarnya berusia 14 tahun empat bulan dan 14 tahun 11 bulan telah dengan mendedahkan remaja itu kepada bahaya.

Mangsa ditampar serta ditumbuk pada bahagian pipi, ditendang pada perut dan dipijak pada dada, manakala seorang lagi mengalami kecederaan fizikal di bahagian kaki kanan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/260960/berita/semasa/warden-pusat-tahfiz-didakwa-tumbuk-pijak-pelajar

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.