80 premis di Kuala Selangor masih ingkar arahan

Anggota penguatkuasa MDKS membuat pemeriksaan pada hari kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, semalam.
Anggota penguatkuasa MDKS membuat pemeriksaan pada hari kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, semalam.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Sebanyak 80 premis termasuk penjaja tepi jalan yang ingkar arahan kerana membuka premis masing-masing di daerah ini diarahkan tutup serta-merta pada hari kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan semalam.

MDKS dalam kenyataan memberitahu, sebanyak 33 premis dan penjaja melanggar peraturan itu dikesan di Tanjong Karang, Pasir Penambang, Kuala Selangor dan Sungai Buloh, Jeram.

"Sebanyak 18 premis dan 15 penjaja tepi jalan di kawasan terbabit masih berdegil dengan pelaksanaan peraturan itu sehingga 31 Mac ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MDKS memaklumkan, jumlah kes sama turut direkodkan di kawasan Puncak Alam dan Saujana Utama.

"Kita mengesan sebanyak 14 premis dan 19 penjaja di kawasan itu masih meneruskan operasi perniagaan masing-masing," katanya.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 14 kes lagi direkodkan di kawasan Bestari Jaya, Ijok dan Desa Coalfields.

"Empat premis dan 10 penjaja dikesan melakukan kesalahan di kawasan sekitar Bestari Jaya, Ijok dan Desa Coalfields," katanya.

Bagaimanapun, kenyataan itu memaklumkan jumlah kesalahan dan notis pemakluman pada hari kedua menurun kepada 57 kesalahan berbanding 137 kesalahan pada hari pertama.

Artikel Berkaitan: