PDRM perketat sempadan guna pelbagai aset, teknologi

Pelbagai aset termasuk teknologi akan digunakan bagi memperketatkan kawalan sempadan sebaik kerja-kerja merobohkan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula. Hussein (Gambar kecil) - Gambar hiasan
Pelbagai aset termasuk teknologi akan digunakan bagi memperketatkan kawalan sempadan sebaik kerja-kerja merobohkan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula. Hussein (Gambar kecil) - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan pelbagai aset termasuk teknologi dalam usaha memperketatkan kawalan sempadan sebaik sahaja kerja-kerja merobohkan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, langkah itu melibatkan penggunaan aset udara, darat, laut, dron dan teknologi lain di bawah kawalan pasukan berkenaan.

“Selain itu, kita juga akan bekerjasama dengan agensi lain bagi memastikan sempadan negara berada pada tahap terbaik,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini pada Rabu.

Menurutnya, meskipun pangkalan haram dirobohkan, PDRM percaya aktiviti penyeludupan masih wujud.

Tambah Hussein, pihaknya percaya sindiket akan mengubah laluan dan taktik bagi memastikan kegiatan haram itu terus berjalan.

Ujarnya, pangkalan haram mungkin dibina semula oleh pihak tidak bertanggungjawab di tanah milik mereka.

Jelasnya, pemantauan dari semasa ke semasa akan terus dijalankan dalam usaha mengekang kegiatan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!