Sedia peruntukan kewangan tambahan untuk agensi barisan hadapan

Dr Wan Azizah Wan Ismai
Dr Wan Azizah Wan Ismai
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan digesa menyediakan peruntukan kewangan tambahan kepada sektor pekerjaan di barisan hadapan tanpa mengambil kira peruntukan sedia ada agensi terlibat dalam situasi negara berdepan ancaman wabak koronavirus (Covid-19).

Dalam satu kenyataan bersama, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, ini kerana pekerja barisan hadapan sedang merisikokan kesihatan dan keselamatan mereka demi keselamatan rakyat Malaysia yang lain.

"Berikutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terdapat beberapa sektor pekerjaan di barisan hadapan yang sedang merisikokan kesihatan dan keselamatan mereka bagi memastikan kita selamat di rumah.

"Kerajaan seharusnya menyediakan peruntukan kewangan tambahan kepada sektor pekerjaan di barisan hadapan ini dan bukannya menggunakan peruntukan sedia ada agensi terbabit," katanya.

Dalam masa sama, kerajaan turut digesa agar segera membekalkan keperluan peralatan keselamatan kesihatan kepada pekerja barisan hadapan yang terlibat.

"Kami menggesa mereka yang di barisan hadapan seperti doktor, jururawat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis trafik, pegawai Imigresen, pegawai kebajikan masyarakat dan pegawai penguatkuasa di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah dibekalkan dengan peralatan keselamatan seperti topeng muka dan pembersih tangan (hand sanitizer) dengan kadar segera.

"Kita wajar melindungi mereka yang sedang berusaha melindungi kita di rumah," katanya.

Artikel Berkaitan: