Dua pelajar ditahan selepas didakwa bunuh 'mak nyah' dengan 78 tikaman

Dua pelajar SMP di Pesawaran, Lampung ditahan polis selepas disyaki membunuh seorang mak nyah dengan 78 tikaman akibat perselisihan bayaran - Gambar hiasan
Dua pelajar SMP di Pesawaran, Lampung ditahan polis selepas disyaki membunuh seorang mak nyah dengan 78 tikaman akibat perselisihan bayaran - Gambar hiasan
A
A
A

DENPASAR – Dua pelajar sekolah menengah pertama (SMP) di Pesawaran, Lampung ditahan polis selepas disyaki membunuh seorang mak nyah berusia 41 tahun dikenali sebagai Dainuro.

Ketua Unit Siasatan Jenayah (Kasatreskrim) Polres Pesawaran, Iptu Pande Putu Yoga Mahendra berkata, mangsa ditemui di dalam salun miliknya dengan kesan 78 tikaman dan luka senjata tajam.

Menurut siasatan awal, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 14 dan 15 tahun bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan bayaran yang diberikan mangsa selepas melakukan perhubungan.

Pelaku pertama, DA (15), mengaku kesal kerana hanya dibayar sekitar Rp40,000 hingga Rp60,000, sedangkan dia mendapat maklumat bahawa ada pelanggan lain menerima Rp100,000.

Akibat rasa marah, kedua-dua remaja itu kembali menemui mangsa dan bertindak membunuhnya.

Polis yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian menemui dua senjata tajam iaitu sebilah golok dan sebilah pisau dipercayai digunakan untuk menyerang mangsa.

Ketika ini, kedua-dua pelajar terbabit ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pesawaran bagi membantu siasatan.

Polis turut melibatkan pihak Balai Pemasyarakatan (Bapas) dalam proses siasatan kerana suspek masih di bawah umur.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!