Ragam jiran psiko dan paranoid, serabut dibuatnya

Banyak sebenarnya kerenah jiran yang menguji kesabaran. Foto hiasan
Banyak sebenarnya kerenah jiran yang menguji kesabaran. Foto hiasan
A
A
A

ADA orang kata, jiran itu ibarat keluarga paling dekat. Dekat dengan rumah tapi ada segelintir yang ‘jauh dari akal’.

Teman Merak Jalanan salah seorang yang kurang bernasib baik kerana berjiran dengan orang psiko yang taasub kepercayaan khurafat.

Paling melucukan, jiran itu terlampau paranoid dengan sihir hingga selamba ajak bergaduh kerana tak puas hati dengan keluarga teman Merak Jalanan yang didakwa cuba ‘buang sesuatu’ di hadapan rumahnya.

Sudahnya, hubungan jiran sesama bangsa itu jadi berantakan sampai perlu buat laporan polis akibat tuduhan tak masuk akal hanya kerana lalu di hadapan rumahnya untuk mengejar kucing sesat yang berak merata.

Merak Jalanan teringat watak Sarip Dol dalam filem Seniman Bujang Lapok kerana ragam jiran tersebut saling tak tumpah seperti karakter samseng Kampung Dusun tersebut.

Banyak sebenarnya kerenah jiran yang menguji kesabaran dan isu paling sering jadi punca pergaduhan ialah parkir sesuka hati.

Yang peliknya, rumah sendiri ada ruang garaj, tetapi depan rumah jiran juga jadi ‘port’ letak kenderaan hingga mengganggu dan menghalang laluan.

Bila ditegur, terus tarik muka sudahnya dituduh pula tak reti hidup berjiran.

Baru-baru ini, Merak Jalanan ada melihat video dikongsi seorang individu menunjukkan jiran selamba menjemur pakaian di pagar rumahnya tanpa minta kebenaran. Dia sendiri serba salah kerana takut jadi punca bermasam muka.

Artikel Berkaitan:

Jika rumah pangsapuri lain pula ragamnya, bunyi bising daripada tingkat atas tanpa mengira masa memang boleh buat naik darah.

Kalau dapat jiran dari syurga, memang satu rezeki besar kerana bebas drama. Bunyi ketukan pintu bermakna untuk berkongsi juadah makanan dan bukannya ajak bergaduh.

Senyuman pula jadi bahasa harian dan bukannya pandangan sinis dan busy body.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!