Ahli DPR mohon maaf kepada seluruh rakyat Indonesia

Ketua DPR, Puan Maharani. - Agensi
Ketua DPR, Puan Maharani. - Agensi
A
A
A

JAKARTA - Gelombang protes akibat jurang pendapatan antara rakyat dan wakil rakyat memaksa sejumlah anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) tampil memohon maaf.

CNBC Indonesia melaporkan Ketua DPR, Puan Maharani mengakui kelemahan institusi itu dan berjanji melakukan penilaian semula terhadap prestasi serta mendengar aspirasi masyarakat.

Beliau turut meminta semua anggota dewan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak menyinggung rakyat yang sedang tertekan.

Ahmad Sahroni dari Parti NasDem menyokong penuh penilaian semula tunjangan DPR dan berikrar untuk mengembalikan gaji serta elaun yang diterimanya kepada rakyat.

Sementara itu, Ketua Blok PAN, Putri Zulkifli Hasan, menegaskan pihaknya menyokong langkah penilaian semula dan menekankan sikap sederhana dalam menjalankan amanah rakyat.

Ketua Blok Gerindra, Budisatrio Djiwandono, menyampaikan takziah kepada keluarga korban demonstrasi dan menegaskan partinya bersedia menghentikan elaun yang menjejaskan rasa keadilan rakyat.

Beliau juga mengeluarkan arahan agar semua anggota Gerindra tidak melakukan lawatan kerja ke luar negara dan menumpukan perhatian kepada rakyat.

Budisatrio menegaskan setiap wakil rakyat mesti turun padang mendengar keresahan masyarakat kerana amanah rakyat adalah kepercayaan yang wajib dijaga. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!