Prabowo potong beberapa elaun, keistimewaan ahli DPR

Prabowo bercakap mengenai protes nasional, sekali gusmengecam beberapa tindakan sebagai pengkhianatan dan pengganas di Istana Presiden, Jakarta. - AFP
Prabowo bercakap mengenai protes nasional, sekali gusmengecam beberapa tindakan sebagai pengkhianatan dan pengganas di Istana Presiden, Jakarta. - AFP
A
A
A

JAKARTA - Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengumumkan pada Ahad bahawa parti politik di negara itu bersetuju untuk memotong beberapa elaun dan keistimewaan ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) sebagai langkah besar menepati tuntutan demonstran antikerajaan yang mengakibatkan lima kematian.

Protes terhadap apa yang didakwa sebagai gaji dan elaun perumahan berlebihan untuk ahli Parlimen bermula pada Isnin dan bertukar menjadi rusuhan pada Khamis selepas seorang pemandu ojek motosikal maut akibat tindakan polis di lokasi perhimpunan.

Rumah beberapa ahli parti politik dan premis kerajaan turut dipecah masuk atau dibakar dalam insiden itu, menambah ketegangan di ibu negara Jakarta.

Prabowo, ketika sidang media di Istana Presiden dan dikelilingi pemimpin parti politik, berkata beliau telah mengarahkan tentera dan polis mengambil tindakan tegas terhadap perusuh dan penjarah, menegaskan beberapa tindakan menunjukkan unsur “pengganas” dan “pengkhianatan”.

“Pimpinan Parlimen telah menyatakan mereka akan memansuhkan beberapa dasar Parlimen, termasuk jumlah elaun ahli Parlimen dan moratorium perjalanan kerja ke luar negara,” kata Prabowo.

Tambahnya, beliau telah mengarahkan polis dan tentera, mengambil tindakan tegas terhadap vandalisme kemudahan awam, penjarahan di rumah individu dan pusat ekonomi dengan cara mengikut undang-undang

Difahamkan, protes tersebut merupakan ujian terbesar bagi kerajaan Prabowo yang hampir setahun berkuasa, sebelum ini menghadapi sedikit atau tiada penentangan politik sejak mengambil alih pada Oktober lalu.

Keputusan memotong elaun dan keistimewaan itu diharapkan dapat meredakan kemarahan rakyat serta menunjukkan komitmen kerajaan mendengar suara rakyat Indonesia. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!