Sistem SARA tergendala, Kementerian Kewangan dan MyKasih mohon maaf

Laporan Sinar Harian mengenai sistem SARA yang tergendala.
Laporan Sinar Harian mengenai sistem SARA yang tergendala.
A
A
A

SHAH ALAM - Pasukan teknikal MyKasih giat menyelesaikan isu gangguan sistem terminal yang mengalami kelewatan memproses transaksi susulan lonjakan jumlah pembelian pengguna Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menjangkakan sistem tersebut kembali beroperasi seperti biasa dalam masa terdekat.

“Pihak Kementerian Kewangan dan MyKasih memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami para pengguna SARA pada hari ini.

“Susulan jumlah transaksi yang sangat tinggi sempena hari pertama penyaluran SARA, pembelian masih boleh dilakukan. Namun, sebahagian premis runcit mungkin menghadapi kesukaran untuk memproses transaksi akibat permintaan sistem yang terlalu tinggi,” jelas kenyataan itu pada Ahad.

Tinjauan Sinar Harian pada hari pertama penyaluran SARA bernilai RM100 di beberapa negeri mendapati berlaku kesesakan di kaunter khas SARA susulan gangguan sistem berkenaan.

Disebabkan situasi itu, ramai pembeli mengambil pendekatan meninggalkan barangan di dalam troli tanpa membuat pembayaran, manakala sebahagian lagi memilih untuk membayar dengan wang sendiri di kaunter pembayaran biasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!