Perempuan tak pernah salah, lelaki pula kena mengalah

HUBUNGAN suami isteri ini memang pelik tapi indah. Tak ada buku manual, tak ada formula matematik yang boleh dirujuk.
Setiap pasangan kena belajar sendiri mengikut kesesuaian hidup masing-masing.
Pernikahan ibarat janji sehidup semati. Semua orang mendambakan kebahagiaan sampai hujung nyawa, tapi realitinya, ia penuh ujian.
Masa awal perkahwinanlah paling mencabar, sebab inilah fasa belajar bertolak ansur, sabar dan yang penting adalah siapa yang patut lebih banyak mengalah.
Jawapannya mudah, lelakilah!
Ingat, walau di luar anda hebat, berjawatan tinggi, dihormati orang bawahan, sebaik sahaja melangkah ke rumah, semua pangkat itu hilang.
Di rumah, ‘ketua’ sebenar ialah isteri anda. Dialah yang menyambut di pintu, bagi arahan, malah kadang-kadang terus bebel tanpa sempat anda balas.
Kadang-kadang anda pun tak tahu apa salah, tapi tetap kena mengalah.
Perempuan ini memang unik. Ada masa dia boleh marah tanpa sebab yang jelas dan menggelabah.
Contoh mudah, bila ditanya, “Nak makan di mana?” jawapannya walau macam mana pun lelaki tetap salah. Silap-silap, anda pula dituduh tak memahami selera dia.
“Awak ni tak faham-faham lagi, apa saya suka makan pun tak tahu!”
Tapi jangan silap, bukan semua wanita suka cari salah. Kadang-kadang itu cuma cara mereka bermanja, cuma gayanya mungkin nampak ‘keras dan memeningkan’ sedikit.
Merak Jalanan nak pesan, apa pun, seni rumah tangga bukan soal siapa betul, siapa salah.
Kadang-kadang mengalah lebih penting daripada berhujah. Dan selalunya, lelaki yang kena banyak mengalah.
Tapi sesekali, perempuan perempuan itu mengalahlah dan berterus teranglah, jangan asyik nak menggelabah!
Nanti hidup akan lebih indah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
