Guru didakwa lakukan seks luar tabii, amang seksual pelajar di sekolah

Seorang guru lelaki sebuah menengah di Rembau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan persetubuhan luar tabii terhadap dua pelajar di dalam bilik SPA dan kelas di sekolah tempatnya mengajar.
Seorang guru lelaki sebuah menengah di Rembau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan persetubuhan luar tabii terhadap dua pelajar di dalam bilik SPA dan kelas di sekolah tempatnya mengajar.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di Rembau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan persetubuhan luar tabii terhadap dua pelajar di dalam bilik SPA dan kelas di sekolah tempatnya mengajar.

Tertuduh Muhamad Asraf Ahmad, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut dua pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal terhadap dua pelajar perempuan berusia 15 tahun semasa kejadian dengan cara memegang tapak kaki, betis, sehingga pangkal paha salah seorang daripada mereka dan seorang lagi dengan memeluk tubuh, mencium mulut dan menyentuh kemaluan bagi tujuan seksual.

Kesalahan itu dilakukan di dalam bilik SPA sekolah terbabit pada 5 Mei 2025 pada jam 10.40 pagi dan 16 Mei 2025 pada jam 9.30 pagi.

Berikutan itu tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama seksyen 16(1) akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

Selain itu, tertuduh pada sekitar bulan April 2025 jam lebih kurang 1.30 petang di dalam kelas di sekolah sama, telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan terhadap salah seorang kanak-kanak sama.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun serta sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi memohon jaminan RM30,000 bagi setiap kes serta syarat tambahan.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut memaklumkan kesemua mangsa merupakan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Peguam, P Bhaerabii dalam rayuannya memberitahu anak guamnya perlu menanggung isteri, dua anak berusia empat dan satu tahun enam bulan serta ibu bapa dan abang sulung yang menghidap penyakit kuman dalam darah.

Katanya, tertuduh juga mempunyai penyakit asma dan anxiety dan disebabkan pertuduhan yang disabitkan terhadapnya, keadaan anxietynya semakin teruk.

Beliau memohon jaminan yang minimum iaitu RM6,000 bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah membenarkan jaminan RM20,000 bagi kesemua kes dengan seorang penjamin bercagar dengan syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis sekali setiap bulan, tidak menganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sebutan semula kes 29 September depan.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!