HUSM tidak benarkan pelawat kecuali kes kecemasan

Dr Ahmad Sukari
Dr Ahmad Sukari
A
A
A

KOTA BHARU – Pengurusan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) menetapkan tiada pelawat dibenarkan masuk ke wad kecuali bagi kes kecemasan sahaja bagi meminimumkan risiko jangkitan koronavirus (Covid-19).

Pengarah HUSM, Profesor Datuk Dr Ahmad Sukari Halim melalui satu kenyataan di sini hari ini berkata, pelawat hanya dibenarkan masuk jika mempunyai kes kritikal atau yang sangat memerlukan.

“Hanya seorang sahaja peneman dibenarkan dalam wad semasa temu janji klinik untuk pesakit kanak-kanak dan pesakit yang memerlukan bantuan atau kes kecemasan.

“Peraturan ini berkuat-kuasa serta-merta sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selaras dengan arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia,” katanya.

Menurut kenyataan yang sama, orang ramai yang mengunjungi HUSM dinasihatkan mengamalkan ‘social distancing’ serta tidak datang dalam bilangan yang ramai bagi mengekang wabak Covid-19.

"Pihak HUSM juga berharap masyarakat dapat mematuhi arahan 'Stay At Home' (Duduk di rumah) dan kerjasama daripada semua pihak khususnya pelanggan hospital sangat diperlukan bagi memastikan usaha dan saranan kerajaan dalam mengekang penularan wabak tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: