Sila log masuk terlebih dahulu.

PM kekal pendirian tidak benarkan pengeluaran KWSP

A
A
A

BERITA SEMASA 8 MEI

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi pendiriannya untuk tidak benarkan satu lagi pengeluaran KWSP bagi pencarumnya.

Anwar berkata, meskipun perkara tersebut akan dijadikan sebagai polemik politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, namun wang pencarum mesti dijaga untuk kegunaan masa depan.

Beliau turut tegaskan tidak akan tunduk kepada sebarang gesaan daripada mana-mana pihak agar pengeluaran lain dibenarkan.

Jelas Anwar, walaupun terdapat banyak tekanan politik, beliau tetap dengan keputusannya untuk tidak benarkan sebarang pengeluaran kerana KWSP adalah badan yang sah untuk melindungi wang pencarum sekarang dan masa hadapan.

Anwar pada 19 Mac berkata, pengeluaran caruman KWSP akan memberi kesan kepada dana pelaburan negara.

Susulan itu, beliau menegaskan kerajaan perlu mencari jalan lain bagi meringankan beban rakyat dalam usaha memastikan dana pelaburan negara itu tidak terjejas.

Artikel: https://bit.ly/3M6WF0x

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian