Ekspres Perdana nyahkuman dalam bas

Laili turut turun padang melakukan pembersihan membabitkan 90 unit bas syarikat beliau.
Laili turut turun padang melakukan pembersihan membabitkan 90 unit bas syarikat beliau.
A
A
A

BACHOK – Peka dengan situasi semasa penularan koronavirus (Covid-19) yang semakin membimbangkan, Ekspres Perdana bertindak membuat semburan disinfeksi atau nyahkuman dalam bas yang berisiko.

Pengarah urusannya, Laili Ismail berkata, tindakan tersebut dibuat dalam usaha memastikan semua kakitangan mengamalkan beberapa langkah yang sewajarnya dalam menangani Covid-19.

Katanya, usaha ini dilakukan atas kesedaran biarpun tiada kes jangkitan yang melibatkan kakitangan serta penumpang Ekspres Perdana setakat ini.

Warga Ekspress Perdana bersedia untuk memulakan kerja-kerja pembersihan di dalam bas.
Warga Ekspress Perdana bersedia untuk memulakan kerja-kerja pembersihan di dalam bas.

"Langkah ini juga bagi memastikan kesemua penumpang serta pemandu berada pada tahap kebersihan tertinggi sepanjang menggunakan perkhidmatan bas Ekspres Perdana.

"Pembersihan ini dibuat memandangkan risiko terdedah kepada jangkitan lebih tinggi sekali gus mengurangkan risiko penularan wabak," katanya, hari ini.

Program pembersihan tersebut dijalankan di depoh Pejabat Ekspres Perdana yang melibatkan proses disinfeksi kesemua 90 unit bas yang beroperasi dan akan dijalankan secara berperingkat.

Kakitangan bersama-sama membersih kawasan pemandu bas.
Kakitangan bersama-sama membersih kawasan pemandu bas.

Artikel Berkaitan:

Laili berkata, kakitangan syarikat juga selalu diingatkan agar sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.

"Segeralah mendapatkan rawatan jika mengalami demam, batuk atau kesukaran bernafas.

“Ia bertujuan menjamin kesihatan warga kerja Ekspres Perdana khususnya pemandu, berada pada tahap optimum,” katanya hari ini.