Roboh pangkalan haram: Polis Kelantan sedia tangkap pihak cuba wujud provokasi

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan bersedia melakukan siasatan dan menangkap pihak yang cuba mewujudkan provokasi berkenaan tindakan merobohkan pangkalan haram yang akan dilakukan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, jika wujud unsur-unsur seperti pencerobohan, vandalisme sebagaimana yang dilaporkan berlaku pihaknya tidak teragak-agak untuk bertindak sedemikian.

"Setakat ini kami belum menerima sebarang laporan rasmi daripada mana-mana pihak terutama PBT (pihak berkuasa tempatan) berkenaan perbuatan mencabut atau merosakkan papan tanda amaran di sepanjang Sungai Golok.

"Bagaimanapun jika ada, kami akan siasat. Kita tidak mahu perbuatan tersebut akan menimbulkan provokasi kepada pihak tertentu," katanya semasa sidang akhbar pada Ahad.

Sebelum itu beliau merasmikan Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.

Mohd Yusoff tidak menolak jika perbuatan terbabit berlaku kerana mungkin penduduk di kawasan sempadan mulai merasa terancam dengan tindakan untuk merobohkan pangkalan haram.

Media pada 18 Ogos lalu melaporkan sebanyak 212 pangkalan haram sepanjang Sungai Golok telah dikenal pasti untuk dirobohkan dalam operasi bersepadu pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama agensi keselamatan.

Menurut Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, langkah itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan bagi mengekang kegiatan penyeludupan serta memastikan kawalan sempadan lebih terjamin.

Empat jajahan yang terlibat ialah Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Jeli yang akan menubuhkan pasukan khas diketuai Pejabat Daerah dan dianggotai pelbagai pihak termasuk PTG, PBT, PGA, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Artikel Berkaitan:

 


 

153 pangkalan haram di sempadan bakal diroboh

KOTA BHARU – Sebanyak 153 pangkalan haram dibina di sepanjang Sungai Golok sekitar Tumpat, Rantau Panjang dan Tanah Merah akan dirobohkan terlebih dahulu dalam masa terdekat.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengeluarkan notis dalam tempoh sebulan kepada penduduk walaupun struktur tersebut dibina di tanah milik kerajaan.

“Setakat ini, dua kali mesyuarat penyelarasan diadakan bertujuan berkaitan urusan merobohkan pangkalan haram oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

“Polis sedia membantu kerja perobohan dan bila akan dilakukan belum dapat dipastikan, namun dijangka dalam masa terdekat,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Ahad.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud. Tambah Mohd Yusoff, pada peringkat awal, peringatan diberikan terlebih dahulu kepada penduduk setempat.

Terdahulu, media pada 18 Ogos lalu melaporkan 212 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok dikenal pasti dirobohkan dalam operasi bersepadu PBT bersama agensi keselamatan.

Menurut Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, langkah itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan bagi mengekang kegiatan penyeludupan serta memastikan kawalan sempadan lebih terjamin.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!