Insiden pesawat TUDM: Sultan Pahang ziarah mangsa terselamat

Al-Sultan Abdullah ketika menziarahi juruterbang, Mejar Mohamad Azhar di RSAT Pangkalan Udara Kuantan pada Jumaat.
Al-Sultan Abdullah ketika menziarahi juruterbang, Mejar Mohamad Azhar di RSAT Pangkalan Udara Kuantan pada Jumaat.
A
A
A

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke lokasi insiden kemalangan membabitkan pesawat pejuang F/A-18D Hornet di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Jumaat.

Kesultanan Pahang dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, keberangkatan baginda diiringi Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.

Menurut kenyataan itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menziarahi juruterbang, Mejar Mohamad Azhar Alang Kamarudin, 34, serta jurusensor senjata pesawat, Kapten Mohamad Izzuddin Mohamad Salleh TUDM, 28, yang terselamat dalam tragedi tersebut.

Kedua-dua mereka kini dirawat di Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT), Pangkalan Udara Kuantan.

Al-Sultan Abdullah diiringi Muhamad Norazlan berangkat ke lokasi insiden kemalangan membabitkan pesawat pejuang F/A-18D Hornet di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah pada Jumaat.
Al-Sultan Abdullah diiringi Muhamad Norazlan berangkat ke lokasi insiden kemalangan membabitkan pesawat pejuang F/A-18D Hornet di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah pada Jumaat.

Pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu terlibat dalam kemalangan ketika sedang berlepas untuk melaksanakan latihan penerbangan rutin pada malam Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.05 malam itu, pesawat terbabit musnah sepenuhnya. Namun, atas kecekapan dan pengalaman, dua anak kapal berjaya melakukan prosedur kecemasan serta keluar daripada pesawat dengan selamat.

Susulan itu, TUDM mengumumkan operasi penerbangan membabitkan pesawat F/A-18D Hornet digantung sementara berkuat kuasa pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Keputusan itu dibuat bagi memudahkan lembaga siasatan menjalankan siasatan terperinci.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!