Polis siasat kemungkinan ada dalang di sebalik Geng Budak Sekolah

Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan sama ada wujud dalang di sebalik jenayah seksual membabitkan Geng Budak Sekolah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan dikendalikan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) memerlukan penelitian cermat kerana melibatkan kanak-kanak berusia 12 tahun.

Menurut beliau, polis sedang memperhalusi setiap maklumat untuk memastikan sama ada terdapat pihak lain yang menjadi dalang dan mengawal kegiatan tersebut.

“Buat masa ini kita belum 'establish' lagi (tentang kewujudan dalang di sebaliknya)," katanya menerusi sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini pada Rabu.

Beliau menegaskan siasatan terperinci perlu dibuat kerana melibatkan pemikiran serta keputusan seorang kanak-kanak yang sanggup meninggalkan sekolah kerana melihat aktiviti itu sebagai sumber pendapatan.

“Kes ini rumit, kita kena faham usianya, tahap pemikirannya, apa yang mendorong dia sanggup tinggalkan pelajaran kerana nampak itu sebagai lubuk untuk buat duit,” jelasnya.

Saifuddin turut mengaitkan kes tersebut dengan modus operandi serupa dalam kegiatan 'swinger' yang pernah dibongkar sebelum ini.

“Dalam kes 'swinger', modus operandinya hampir sama iaitu ada bayaran dikenakan sebelum menyertai. Bezanya, satu guna laman sesawang cari jodoh, satu lagi melalui WhatsApp. Kedua-duanya memerlukan proses pengintipan yang panjang,” katanya.

Terdahulu di Dewan Rakyat, Saifuddin mendedahkan PDRM telah menumpaskan satu kumpulan Geng Budak Sekolah yang terlibat dalam jenayah seksual, termasuk membabitkan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Artikel Berkaitan:

Laman sesawang itu dikendalikan bersama empat rakan lain malah mereka mempunyai satu kumpulan WhatsApp yang terdiri 762 ahli.

Mereka dipercayai mengambil gambar bahagian tubuh masing-masing, kemudian dijual yang mampu meraih pendapatan melebihi ibu bapa mereka.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!