Cucu pukul, bunuh nenek 93 tahun

Polis menemui mangsa di luar rumah dalam keadaan parah dengan kecederaan serius di kepala, lengan dan beberapa luka tikaman di dada. Foto: Media Taiwan/tular
Polis menemui mangsa di luar rumah dalam keadaan parah dengan kecederaan serius di kepala, lengan dan beberapa luka tikaman di dada. Foto: Media Taiwan/tular
A
A
A

YUNLIN – Seorang wanita warga emas berusia 93 tahun maut selepas dipercayai dibunuh cucunya sendiri dalam kejadian tragis di Daerah Dongshi, Taiwan pada 13 Ogos lalu.

Memetik laporan China Times, suspek lelaki berusia 41 tahun bertindak memukul neneknya dengan kayu sebelum menikam dada mangsa berulang kali menggunakan pisau buah.

Kejadian itu berlaku selepas suspek dikatakan memaksa mangsa berlutut di hadapan potret bapanya dan bapa saudaranya yang telah meninggal dunia.

Bagaimanapun kerana faktor usia mangsa tidak mampu berbuat demikian lalu ditendang suspek.

Jeritan serta kekecohan yang berlaku menyebabkan jiran bergegas ke lokasi namun mereka dihalau dengan kasar oleh suspek yang masih memegang senjata.

Ahli keluarga mangsa yang turut tiba di tempat kejadian tidak berani mendekati suspek dan segera menghubungi pihak polis.

Polis kemudian menemui mangsa di luar rumah dalam keadaan parah dengan kecederaan serius di kepala, lengan dan beberapa luka tikaman di dada.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Suspek kini ditahan kerana dikhuatiri melarikan diri dan kes berkenaan bakal dibicarakan di bawah sistem hakim rakyat Taiwan dengan pasukan khas ditubuhkan untuk menelitinya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!