Bayi dibunuh bapa sendiri gara-gara kerap menangis, sakit

Seorang bayi lapan bulan maut dipercayai dibunuh bapa kandungnya kerana sering menangis. Foto Agensi
Seorang bayi lapan bulan maut dipercayai dibunuh bapa kandungnya kerana sering menangis. Foto Agensi
A
A
A

ACEH - Tragedi memilukan menimpa seorang bayi berusia lapan bulan di Selatan Aceh apabila didakwa dibunuh oleh bapa kandungnya, M, 29, dipercayai kerana sering sakit dan menangis.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Selatan Aceh, Iptu Narsyah Agustian berkata, berdasarkan siasatan awal, motif utama perbuatan kejam itu dipercayai berpunca daripada rasa kecewa suspek terhadap mangsa sehingga hilang sabar dan bertindak ganas hingga mengakibatkan kematian.

“Suspek kini telah ditahan pihak polis susulan insiden berkenaan dan siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya kepada pemberita pada Isnin.

Suspek, seorang penduduk Gampong Lawe Cimanok, daerah Kluet Timur, ditahan pada petang Khamis (16 Ogos) di Jalan Raya Nasional Tapaktuan–Meulaboh, Gampong Mutiara, daerah Sawang.

Menurut pihak berkuasa, suspek cuba melarikan diri selepas membunuh bayi tersebut.

Penduduk yang menyaksikan kejadian segera melaporkannya kepada polis sebelum anggota menutup laluan keluar dan mengejar suspek.

“Suspek yang menunggang motosikal dikenal pasti dan berjaya ditahan oleh anggota polis, tiga jam selepas kejadian,” jelas Iptu Narsyah Agustian.

Suspek kini didakwa mengikut Seksyen 80(4) Akta No 35 Tahun 2014 tentang Perlindungan Kanak-Kanak serta Seksyen 44(4) Akta No 23 Tahun 2004 mengenai Keganasan Rumah Tangga.

Ketua Polis Selatan Aceh, AKBP T Ricki Fadlianshah menegaskan bahawa kes ini akan ditangani dengan serius kerana mangsanya seorang kanak-kanak.

Artikel Berkaitan:

“Polis Selatan Aceh tidak akan memberi toleransi kepada pelaku keganasan, terutamanya terhadap kanak-kanak. Kami memastikan proses perundangan berjalan dengan tegas dan telus,” katanya. – Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!