Warga emas maut motosikal langgar tiang papan tanda iklan

Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan melanggar tiang papan tanda iklan di Jalan Kota Bharu–Pengkalan Kubor, Tumpat. Foto Info Bencana Pahang dan Luar Pahang
Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan melanggar tiang papan tanda iklan di Jalan Kota Bharu–Pengkalan Kubor, Tumpat. Foto Info Bencana Pahang dan Luar Pahang
A
A
A

TUMPAT - Seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar tiang papan tanda iklan di Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, dalam kejadian kira-kira 8.50 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Wakaf Bharu ke Kota Bharu telah hilang kawalan selepas melalui bulatan Pasir Pekan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang berkenaan yang kemudian tumbang di laluan utama.

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Tumpat.

"Mayat warga emas itu kemudian dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di talian 09-7257222. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!