30 negara usahakan jaminan keselamatan untuk Ukraine - Ketua NATO

Mark Rutte - Foto: Agensi
Mark Rutte - Foto: Agensi
A
A
A

MOSCOW - Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Mark Rutte berkata, sebanyak 30 negara, termasuk Jepun dan Australia, sedang mengusahakan jaminan keselamatan untuk Ukraine, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Britain Keir Starmer dan Presiden Perancis Emmanuel Macron, kini terdapat 30 negara, termasuk Jepun dan Australia yang sedang merangka konsep jaminan keselamatan ini,” kata Rutte dalam wawancara dengan Fox News.

Pada Isnin, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerima kunjungan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dan pemimpin-pemimpin EU di Rumah Putih. The Wall Street Journal melaporkan bahawa Setiausaha Negara AS, Marco Rubio akan mengetuai kumpulan penasihat keselamatan negara dan pegawai NATO untuk menyediakan jaminan keselamatan itu.

Pada hari rundingan di Washington itu, Ukraine menyerang kemudahan infrastruktur strategik di Rusia. Perkhidmatan keselamatan Rusia berkata mereka telah menggagalkan cubaan Ukraine untuk meletupkan bom berkuasa tinggi di Jambatan Crimea. Pada Ahad, sistem peperangan elektronik Rusia turut menggagalkan serangan pengganas menggunakan dron Ukraine ke atas Loji Kuasa Nuklear Smolensk.

Pada hari pertemuan di Rumah Putih itu, Menteri Luar Hungary Peter Szijjarto berkata eksport minyak ke Hungary telah dihentikan tanpa had tempoh akibat serangan Ukraine ke atas saluran paip Druzhba, yang menyalurkan minyak Rusia ke Hungary dan Slovakia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!