Kelewatan lantikan hakim bukan penangguhan besar - Tengku Maimun

Tengku Maimun (dua dari kiri) ketika menjawab pertanyaan diajukan peserta program yang berlangsung di salah sebuah hotel pada Selasa.
Tengku Maimun (dua dari kiri) ketika menjawab pertanyaan diajukan peserta program yang berlangsung di salah sebuah hotel pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kelewatan kerajaan melantik Ketua Hakim Negara dan hakim kanan mahkamah atasan hingga mencetuskan pelbagai andaian sebelum ini bukan satu ‘penangguhan besar’.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, pelantikan tersebut perlu melalui beberapa proses yang tersendiri.

“Sejujurnya, saya tidak melihat ia satu penangguhan besar kerana pelantikan perlu melalui Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

“Seperti yang kita fahami, Mesyuarat Majlis Raja-Raja akan bersidang antara empat hingga lima tahun sekali mengenainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam program syarahan Allianz Centre for Governance bertajuk The Sanctity of Malaysia’s Federal Constitution: Threats, Solutions and Impact on National Governance di sebuah hotel di sini pada Selasa.

Tengku Maimun menambah, meskipun mengikut amalan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) boleh mengemukakan senarai calon kepada pihak berkaitan terlebih dahulu, namun ia tetap perlu melalui proses perundingan.

“Jadi, saya tidak fikir kelewatan itu sebagai satu kesalahan kerana kita perlu melalui beberapa proses,” katanya.

Sementara itu, menjawab mengenai kontroversi minit mesyuarat JAC yang dilaporkan bocor hingga tular di media sosial, Tengku Maimun menjelaskan secara prinsipnya perkara itu sewajarnya tidak berlaku.

Katanya, kandungan mesyuarat tidak seharusnya dikongsi dengan pihak luar kerana ia boleh mencetuskan pelbagai persepsi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!