RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Rabu.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup ketika membentangkan RUU itu berkata, bacaan kali kedua akan dilakukan pada persidangan kali ini.
RUU bagi meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] itu bertujuan meminda Seksyen 1 akta berkenaan dengan memasukkan subseksyen (3) baharu untuk memberikan menteri kuasa menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta 127 di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia.
Rang undang-undang itu tidak melibatkan perbelanjaan wang tambahan kerajaan. - Bernama
Ringkasan AI
- Rang Undang-Undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
- Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup membentangkan RUU itu
- Bacaan kali kedua RUU akan dilakukan pada persidangan kali ini
- RUU itu bertujuan meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk memberi menteri kuasa menggantung kuasa keseluruhan atau sebahagian Akta di bahagian-bahagian Malaysia
- RUU itu tidak melibatkan perbelanjaan wang tambahan kerajaan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
