RUU Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 dibentang hari ini

Chin Tong ketika Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Rabu. Foto Bernama
Chin Tong ketika Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPU - Rang Undang-Undang (RUU) Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Rabu.

Timbalan Menteri Kewangan II, Liew Chin Tong ketika membentangkan RUU itu berkata, bacaan kali kedua akan dilakukan pada persidangan kali ini.

Menurut naskhah biru yang diedarkan di Parlimen, pindaan RUU berkenaan bertujuan meminda Bahagian I Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan bagi mengubah kadar pemberian mengikut bilangan orang setiap negeri mengikut struktur kadar baharu.

"Tujuan pengubahan itu ialah untuk menambah pemberian mengikut bilangan orang yang diberi kepada negeri-negeri dan untuk memastikan layanan yang lebih adil bagi negeri-negeri yang kurang penduduk dan dalam masa yang sama negeri-negeri yang ramai penduduk turut mendapat pemberian yang lebih tinggi,” menurut naskhah itu.

Akta ini akan mula berkuat kuasa pada 1 April 2026 dan dijangka melibatkan perbelanjaan tambahan kerajaan sehingga RM548 juta. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • RUU Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
  • Timbalan Menteri Kewangan II, Liew Chin Tong membentangkan RUU tersebut
  • Pindaan bertujuan mengubah kadar pemberian mengikut bilangan orang setiap negeri
  • Penambahan pemberian bertujuan adil untuk negeri kurang dan banyak penduduk
  • Akta berkuat kuasa 1 April 2026 dengan perbelanjaan tambahan kerajaan RM548 juta

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!