Talian Kasih dibuka seperti biasa: Rina Harun

Rina
Rina
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan menarik semula keputusan menutup sementara Talian Kasih di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, Talian Kasih yang sedia ada diselaraskan oleh KPWKM adalah dibuka seperti biasa.

Menurutnya, ia mengambil kira keperluan bagi golongan wanita, kanak- kanak, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas.

"Talian Kasih akan diteruskan dengan tujuan sedia ada untuk menerima aduan isu-isu wanita, keluarga dan masyarakat khususnya menangani kejadian kecemasan berkaitan kebajikan dan kemasyarakatan.

"Talian Kasih di nombor 15999 dan talian WhatsApp 019 26 15999 akan terus beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang bertujuan menangani penularan pandemik koronavirus (Covid-19), KPWKM mengumumkan semua perkhidmatan Talian Kasih ditutup buat sementara waktu.

Tindakan itu mengundang kritikan banyak pihak yang menggesa Talian Kasih diaktifkan seperti biasa.

Artikel Berkaitan: