Rina Harun tewas di Batu Tiga

Rina Harun
Rina Harun
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun kalah dalam pertandingan tiga penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Sabtu.

Pada persaingan itu, calon Pakatan Harapan (PH), Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid menang dengan majoriti 3,382 undi.

Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Danial Al-Rashid memperoleh 29,064 undi, manakala Rina yang mewakili Perikatan Nasional (PN) mendapat 25,682 undi.

Dalam pada itu, calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Saiyidah Izzati Nur Razak Maideen mendapat 1,908 undi.

Rina yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 di kerusi Parlimen Sepang kepada calon PH Aiman Athirah Sabu yang mendapat majoriti 8,949 undi. - Bernama

Artikel Berkaitan: