Covid-19: Wan Azizah minta Talian Kasih diaktifkan semula

Wan Azizah. - Foto Sumber Internet
Wan Azizah. - Foto Sumber Internet
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Wanita dan Keluarga digesa mengaktifkan semula Talian Kasih 15999 dan Talian Kasih WhatsApp 019 261 5999 yang dihentikan susulan Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa, hari ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, talian itu boleh menjadi lebih penting bagi mereka yang mempunyai masalah atau mengalami kemurungan.

"Hanya kerana semua diminta untuk duduk di rumah, tidak bermakna mereka tidak lagi mempunyai masalah, atau tiada kanak-kanak yang hilang atau didera.

"Dalam keadaan rakyat diminta untuk duduk di rumah pada waktu yang panjang, talian ini boleh jadi sangat penting kepada sesetengah mereka," katanya dalam satu kenyataan.

[ARTIKEL BERKAITAN] -Talian Kasih 15999 terima peningkatan panggilan lebih 70 peratus

Mengulas lanjut, Wan Azizah yang juga bekas Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga berkata, kementerian berkenaan diminta mengkaji semula keputusan itu.

"Saya menggesa Kementerian Wanita dan Keluarga mengkaji semula keputusan ini dan mengaktifkan Talian Kasih 15999 dan Talian Kasih WhatsApp 019 261 5999 dengan segera," katanya.

Artikel Berkaitan: