Lapan PATI cuba masuk Malaysia ditahan bersama ganja 3.45 kg

Hasil pemeriksaan menemui lima lelaki dan tiga wanita warga Myanmar yang dipercayai baru diseludup masuk ke negara ini melalui pangkalan haram. Foto PGA
Hasil pemeriksaan menemui lima lelaki dan tiga wanita warga Myanmar yang dipercayai baru diseludup masuk ke negara ini melalui pangkalan haram. Foto PGA
A
A
A

TUMPAT – Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan lapan pendatang tanpa izin (PATI) warga Myanmar dan merampas dadah jenis ganja seberat 3.45 kilogram (kg) di kawasan pangkalan haram Pohon Tar, Pengkalan Kubor di sini pada Isnin.

Penahanan itu dilakukan pada jam 10 malam selepas menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan semasa penugasan Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, semasa serbuan seorang suspek dipercayai tekong melarikan diri ke Thailand dengan menaiki perahu.

"Hasil pemeriksaan menemui lima lelaki dan tiga wanita warga Myanmar yang dipercayai baru diseludup masuk ke negara ini melalui pangkalan haram.

"Pemeriksaan lanjut di dalam bonet kenderaan itu turut menemui 250 gram ketulan tumbuhan kering disyaki ganja, 3.2 kilogram bunga ganja serta beg pakaian milik suspek," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Menurut beliau, ujian saringan air kencing mendapati tiga lelaki positif dadah jenis THC (ganja).

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Nik Ros Azhan memberitahu, semua suspek bersama barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!