Lagu 'Justice For Zara Qairina' mesej tuntut keadilan

Norsalim (kanan, bawah) ketika siaran langsung Sinar Harian bertajuk Mengenang Zara Qairina di platform TikTok pada Selasa.
Norsalim (kanan, bawah) ketika siaran langsung Sinar Harian bertajuk Mengenang Zara Qairina di platform TikTok pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Lagu solidariti untuk pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir yang tular di media sosial membawa mesej untuk menggalakkan orang ramai bersuara dan menuntut keadilan bagi mangsa buli.

Pencipta lagu tersebut, Norsalim Ali berkata, penghasilan lagu bertajuk ‘Justice For Zara Qairina’ itu bertujuan memberi gesaan kepada pihak berkuasa supaya menyegerakan siasatan berhubung kes tersebut.

“Sebagai seorang ayah dan juga datuk kepada 10 cucu, saya rasa kematian (Zara Qairina) yang disembunyikan adalah sesuatu yang pelik.

“Sepatutnya perkara ini disegerakan sebab ia berlaku dalam kawasan asrama, ada pengawal keselamatan, guru dan warden.

“Apabila ia makan masa begitu lama dan sebagainya, saya rasa pelik. Jadi saya fikir, kematiannya perlu diangkat untuk dibela,” katanya dalam siaran langsung Sinar Harian bertajuk Mengenang Zara Qairina di platform TikTok pada Selasa.

Norsalim (kanan, bawah) ketika siaran langsung Sinar Harian bertajuk Mengenang Zara Qairina di platform TikTok pada Selasa.
Norsalim (kanan, bawah) ketika siaran langsung Sinar Harian bertajuk Mengenang Zara Qairina di platform TikTok pada Selasa.

Dalam kejadian 16 Julai lalu, Zara Qairina yang merupakan pelajar Tingkatan Satu dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama.

Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Artikel Berkaitan:

Ujar Norsalim, beliau mula mendapat inspirasi mengenai lagu berkenaan setelah membaca laporan media yang mengaitkan isu berkenaan dengan perbuatan buli.

Menurutnya, teknologi kecerdasan buatan (AI) turut dimaanfatkan oleh dirinya untuk menghasilkan lagu yang sesuai bagi menggambarkan kes tersebut.

"Saya hasilkan sendiri lirik manakala gubahan muzik dan suara penyanyi pula saya gunakan teknologi AI.  

"Sewaktu zaman sekolah juga saya sudah mula menulis puisi dan sebagainya tetapi dengan menggunakan teknologi AI sekarang, penghasilan lagu lebih mudah," ujarnya

Dalam pada itu, wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin turut berkongsi pengalamannya mendengar lagu berkenaan dimainkan di beberapa lokasi tertentu ketika membuat liputan berhubung kes Zara Qairina.

"Ketika itu, kami dan rakan media juga tertanya-tanya siapa di sebalik pencipta lagu ini kerana lagu tersebut terlalu menyentuh perasaan.

"Malah, lagu berkenaan juga berkumandang sewaktu saya dan rakan media membuat liputan di lokasi himpunan solidariti," menurutnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!