LGM gagalkan cubaan curi 35,400kg susu getah

LGM merampas susu getah yang disimpan dalam tangki lori dan IBC di sebuah premis di Kamunting, Perak pada Jumaat. Foto LGM
LGM merampas susu getah yang disimpan dalam tangki lori dan IBC di sebuah premis di Kamunting, Perak pada Jumaat. Foto LGM
A
A
A

KUALA LUMPUR – Operasi bersepadu Lembaga Getah Malaysia (LGM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kamunting, Perak, pada Jumaat, berjaya merampas susu getah atau lateks seberat 35,400 kilogram (kg) dipercayai hasil curi.

Serbuan pasukan Unit Inspektorat dan Penguatkuasaan (UIP) LGM itu menemui susu getah terbabit yang disimpan di dalam satu tangki lori dan bekas jenis Intermediate Bulk Container (IBC).

LGM dalam kenyataan berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM235,900 termasuk barangan lain yang digunakan dalam kegiatan berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati susu getah itu diimport secara sah dari Thailand oleh pengilang di negara ini sebelum dibawa masuk menggunakan lori tangki dari negara berkenaan.

Kegiatan sedut curi susu getah adalah satu kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan LGM 2014. Foto LGM
Kegiatan sedut curi susu getah adalah satu kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan LGM 2014. Foto LGM

“Bagaimanapun, pemandu lori terbabit dipercayai menjualnya secara haram dalam kuantiti kecil kepada pihak tertentu di sekitar Taiping dan Kamunting bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa,” katanya pada Ahad.

Menurut LGM, kegiatan sedut curi susu getah adalah satu kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan LGM 2014 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Tambahnya, LGM komited untuk terus bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain dalam membanteras aktiviti sedut curi lateks.

Artikel Berkaitan:

Susu getah itu diimport secara sah dari Thailand oleh pengilang di negara ini, namun pemandu lori menjualnya secara haram dalam kuantiti kecil kepada pihak tertentu. Foto LGM
Susu getah itu diimport secara sah dari Thailand oleh pengilang di negara ini, namun pemandu lori menjualnya secara haram dalam kuantiti kecil kepada pihak tertentu. Foto LGM

“Orang ramai juga digalakkan menyalurkan aduan atau maklumat berkaitan melalui sistem SISPAA LGM bagi membantu usaha penguatkuasaan.

“LGM akan terus menjalankan operasi sebegini bagi mengawal selia keseluruhan rantaian industri getah yang beroperasi, khususnya membanteras kes sedut curi lateks,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!