Industri penerbangan diancam muflis

Ryanair mengumumkan akan menggantung sebahagian besar pesawatnya selama tujuh hingga 10 hari. - Foto Agensi
Ryanair mengumumkan akan menggantung sebahagian besar pesawatnya selama tujuh hingga 10 hari. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Syarikat penerbangan utama di dunia mengumumkan pengurangan perkhidmatan selepas ancaman koronavirus (Covid-19) memburukkan lagi permintaan dalam industri itu.

Susulan itu, syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) turut memohon bantuan kewangan bernilai kira-kira AS$50 bilion (RM215 bilion).

Menyifatkan kejatuhan permintaan pada krisis kali ini sebagai tidak pernah berlaku dan jauh lebih buruk daripada tragedi 11 September, kumpulan perdagangan Airlines for America (A4A) telah mengemukakan senarai bantuan termasuk pelepasan cukai.

"Ia bukan masalah hari ini, bukan masalah esok. Ia memerlukan tindakan segera," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif A4A, Nicholas Calio.

A4A berkata, industri tersebut berada di landasan yang tepat untuk menghadapi kerugian dalam kecairan sebanyak AS$23 bilion (RM99 bilion) pada hujung tahun ini di bawah senario optimis dan kerugian AS$53 bilion (RM228 bilion) di bawah senario pesimis.

"Sehingga pagi semalam, senario suram itu masih tidak berubah," menurut A4A.

Pegawai Rumah Putih turut menggariskan penerbangan sebagai kebimbangan utama dan memberi sokongan padu kepada rancangan Persekutuan untuk mengukuhkan industri berkenaan.

Terdahulu Pusat Penerbangan CAPA berkata, kebanyakan syarikat penerbangan di dunia akan muflis menjelang akhir Mei kecuali mendapat campur tangan daripada kerajaan.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan kerajaan dan industri yang diselaraskan sangat diperlukan sekarang. Rizab tunai semakin berkurangan kerana pesawat digantung dan penerbangan beroperasi kurang daripada separuh penuh.

Skala krisis itu diburukkan lagi apabila syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Eropah, Ryanair (RYAAY) semalam memaklumkan ia akan menggantung sebahagian besar pesawatnya selama tujuh hingga 10 hari akan datang. - Agensi