Sila log masuk terlebih dahulu.

MOT arah syarikat penerbangan, operator feri tambah jumlah penerbangan

A
A
A
BERITA SEMASA 14 MEI 2023

Kementerian Pengangkutan mengarahkan syarikat penerbangan dan operator feri supaya menambah jumlah perjalanan bersempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 yang bakal berlansung pada minggu hadapan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia bagi menampung kapasiti kehadiran pengunjung yang dijangka meningkat pada program selama lima hari itu selepas sepatutnya diadakan pada 2021, namun tertangguh akibat Covid-19.

Pameran LIMA ’23 dijadualkan berlangsung selama lima hari bermula 23 Mei ini dengan lebih 600 syarikat dari 60 buah negara dijangka mengambil bahagian dalam LIMA kali ini berbanding 400 syarikat pada edisi 2019.

Artikel: https://bit.ly/3nRsVvn

Muzik: Downtowndari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian