'Kau siapa mahu saman aku'

Individu ini cuba melalukan provokasi ketika ditahan dalam operasi penguatkuasaan JPJ di Plaza Tol Kota Kemuning pada Rabu.
Individu ini cuba melalukan provokasi ketika ditahan dalam operasi penguatkuasaan JPJ di Plaza Tol Kota Kemuning pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - "Kau siapa mau saman aku". Itu reaksi seorang penunggang motosikal yang melakukan provokasi ketika ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Kota Kemuning di sini pada Rabu.

Individu yang berumur lingkungan 50-an itu sebelum itu ditahan pegawai JPJ selepas didapati tidak menggunakan laluan motosikal ketika operasi terbabit selain turut dikesan melakukan beberapa kesalahan jalan raya lain.

Individu dipercayai lelaki tempatan itu kemudiannya bertindak mengeluarkan kata-kata kesat selain mempertikaikan tindakan yang diambil anggota JPJ bertugas.

Individu ini cuba melalukan provokasi ketika ditahan dalam operasi penguatkuasaan JPJ di Plaza Tol Kota Kemuning pada Rabu.
Individu ini cuba melalukan provokasi ketika ditahan dalam operasi penguatkuasaan JPJ di Plaza Tol Kota Kemuning pada Rabu.

Situasi tegang itu bagaimanapun berjaya ditangani sebelum individu terbabit dikenakan saman atas kesalahan yang dilakukan.

Pengarah JPJ Selangor Azrin Borhan berkata, operasi penguatkuasaan ini dijalankan bermula jam 8.30 malan dengan kerjasama agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) dan Syarikat Konsesi Lebuhraya.

Beliau berkata, operasi ini melibatkan pemeriksaan sebanyak 580 buah kenderaan termasuk motosikal dengan 252 notis saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan.

"Antaranya 76 saman dikeluarkan melibatkan kesalahan tiada lesen memandu diikuti Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (51) tiada insurans (49) dan tiada Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL) sebanyak lapan notis.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, kesalahan lain adalah tidak memaparkan nombor pendaftaran kenderaan (7), tiada cermin pembalik (5) serta lain-lain kesalahan teknikal sebanyak 10 kenderaan," katanya ketika sidang akhbar di lokasi operasi pada Rabu.

Katanya, operasi menfokuskan kepada Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi semua kenderaan.

"Antara kenderaan yang diberikan fokus termasuk kenderaan perdagangan, bas persiaran dan ekpress, kenderaan awam dan juga penunggang motosikal.

"Ops ni bertujuan untuk mengurangkan salah laku kenderaan dan memastikan semua kenderaan di jalan raya selamat dan mematuhi undang–undang yang telah ditetapkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!