Tampar rakan sekelas, dua pelajar Tingkatan Satu berdepan denda RM100

Dua pelajar hadir ke Mahkamah Majistret Kajang pada Rabu, bersama ibu bapa masing-masing bagi menghadapi satu pertuduhan berkelakuan kurang sopan, minggu lalu.
Dua pelajar hadir ke Mahkamah Majistret Kajang pada Rabu, bersama ibu bapa masing-masing bagi menghadapi satu pertuduhan berkelakuan kurang sopan, minggu lalu.
A
A
A

 

KAJANG – Dua pelajar Tingkatan Satu yang tular menampar rakan sekelas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas satu pertuduhan berkelakuan kurang sopan minggu lalu.

Pelajar berusia 13 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret, Fatin Dayana Jalil.

Prosiding tersebut dijalankan secara tertutup memandangkan mereka merupakan pesalah bawah umur.

Mahkamah menetapkan 18 September depan sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dua pelajar hadir ke Mahkamah Majistret Kajang pada Rabu bersama ibu bapa masing-masing bagi menghadapi satu pertuduhan berkelakuan kurang sopan, minggu lalu.
Dua pelajar hadir ke Mahkamah Majistret Kajang pada Rabu bersama ibu bapa masing-masing bagi menghadapi satu pertuduhan berkelakuan kurang sopan, minggu lalu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama berkelakuan kurang sopan dengan cara menampar rakan sekelasnya di tempat awam bagi tujuan menganggu keamanan di sebuah pusat beli-belah di sini pada jam 11 pagi 30 Julai lalu.

Mereka didakwa Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100, jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Ketika ditemui di luar mahkamah, peguam yang mewakili dua remaja tersebut, Lee Tee Kiat merayu anak guamnya diberikan ikat jamin pada kadar yang minimum.

“Mereka kesal dengan perkara yang berlaku selain tidak mengetahui implikasi perbuatan berkenaan,” katanya.

Mangsa berusia 13 tahun ditumbuk dan ditampar dua rakan sekelasnya.
Mangsa berusia 13 tahun ditumbuk dan ditampar dua rakan sekelasnya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Alia Safri mencadangkan setiap tertuduh juvana terbabit dikat jamin sebanyak RM5,000.

Mahkamah kemudiannya membenarkan mereka diikat jamin masing-masing RM500 dengan seorang penjamin.

Pada 1 Ogos lalu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, gara-gara tidak puas hati, sekumpulan pelajar sekolah bertindak membelasah rakan sekelas mereka di lokasi kejadian.

Insiden itu kemudiannya tular di media sosial, memaparkan mangsa ditumbuk dan ditampar dua rakan pada jam 11 pagi itu.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!