Kerajaan disaran sedia pakej rangsangan ekonomi kedua Covid-19

Shahul (empat dari kiri) bersama wakil Sekretariat Jawatankuasa Khas Covid-19 bergambar pada sidang akhbar yang diadakan di Bangsar hari ini.
Shahul (empat dari kiri) bersama wakil Sekretariat Jawatankuasa Khas Covid-19 bergambar pada sidang akhbar yang diadakan di Bangsar hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sekretariat Jawatankuasa Khas Covid-19 meminta kerajaan menyediakan pakej rangsangan ekonomi kedua kepada sektor perusahaan kecil bagi mendepani cabaran penularan wabak itu dalam negara.

Setiausahanya, Shahul Dawood berkata, sekteriat terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan usahawan itu akan menyerahkan memorandum dengan menyediakan 10 cadangan berhubung langkah bagi mengurangkan kesan kerugian dialami sektor perniagaan.

Menurutnya, cadangan tersebut termasuklah urusan pembayaran pinjaman bank dan potongan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ditangguhkan selama enam bulan.

"Pada masa sama, kami meminta supaya diperkenal pinjaman mudah tanpa cagaran dan pengecualian sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk semua sektor sehingga Disember 2020 yang turut terjejas kesan Covid-19," katanya pada sidang akhbar di Bangsar di sini hari ini.

Jawatankuasa tersebut terdiri daripada hampir 50 NGO antaranya Dewan Perniagaan Melayu, Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia, Persatuan Usahawan Maju Malaysia, Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji serta Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia.

Turut hadir, Presiden Dewan Perdagangan ASEAN, Datuk Moehamad Izat Emir; Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Datuk Jawahar Ali Taib Khan dan Penasihat Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia, Bazeer Ahmed.

Shahul berkata, memorandum tersebut dijangka diserahkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini turut menggariskan cadangan penangguhan Tahun Melawat Malaysia 2020 dan projek berimpak rendah.

"Peruntukan itu boleh digunakan bagi kegunaan lain di sektor terjejas termasuk usahawan dan industri kecil dan sederhana serta perusahaan.

Artikel Berkaitan:

"Turunkan juga cukai korporat seperti sektor pelancongan, perniagaan berasaskan makanan dan minuman serta industri berkaitan.

"Malah mansuhkan cukai pelancongan dan hiburan teman tema sejurus Covid-19 berakhir sebagai galakan pelancong tempatan dan promosi Cuti-Cuti Malaysia," katanya.