Tak sempat lumba haram, 22 motosikal kena sita

Antara motosikal yang diperiksa dalam Op Samseng Jalanan yang dilakukan pada Jumaat. Foto Ihsan polis
Antara motosikal yang diperiksa dalam Op Samseng Jalanan yang dilakukan pada Jumaat. Foto Ihsan polis
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Aktiviti sekumpulan remaja yang menjadikan Jalan Perda Barat di Bandar Perda sebagai tempat berkumpul dan berlumba motosikal mengundang padah apabila mereka ditahan dalam Op Samseng Jalanan pada Jumaat.

Operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPD SPT) dengan bantuan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang memeriksa 45 buah motosikal dan 22 daripada disita atas pelbagai kesalahan.

Menerusi kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Facebook memaklumkan, operasi berkenaan dilakukan susulan aduan orang awam terhadap aktiviti berbahaya yang dilakukan kumpulan remaja di kawasan itu pada waktu petang.

Antara motosikal yang diperiksa dalam Op Samseng Jalanan yang dilakukan pada Jumaat. Foto Ihsan polis
Antara motosikal yang diperiksa dalam Op Samseng Jalanan yang dilakukan pada Jumaat. Foto Ihsan polis

"Kumpulan remaja ini berlumba motosikal sesama sendiri dan mengeluarkan bunyi bising melalui ekzos motosikal.

"Perbuatan mereka boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain serta mengganggu ketenteraman awam.

"Sebanyak 45 buah motosikal telah diperiksa, 60 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 22 buah motosikal turut disita," menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Dalam pada itu, pihak polis mengingatkan kepada orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya demi kepentingan semua pihak.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, polis turut memohon kerjasama dari ibu bapa agar sentiasa memantau aktiviti anak-anak agar tidak terlibat dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!