MDEC laksana pengaturan kerja khas kepada pekerja

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengaktifkan pelan Pengurusan Kesinambungan Perniagaan (BCM) dengan melaksanakan polisi bekerja dari rumah kepada pekerjanya mulai esok sehingga 31 Mac ini.

MDEC dalam kenyataan hari ini berkata, langkah itu adalah sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Malaysia akan diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan di seluruh negara mulai 18 hingga 31 Mac 2020 berikutan wabak koronavirus (Covid-19).

Bagi meminimumkan gangguan operasinya, MDEC akan memanfaatkan alat komunikasi digital dan teknologi seperti video dan telesidang, platform usaha sama kerja jarak jauh dan pengalaman pelanggan secara dalam talian untuk berhubung dengan semua pihak berkepentingan di peringkat luaran serta kakitangannya.

“Bagi pekerja yang perlu hadir secara fizikal ke pejabat, MDEC telah mengambil langkah yang perlu untuk memastikan kesihatan dan kebajikan mereka diambil perhatian ketika berada di tempat kerja,” kata MDEC.

Menurut agensi itu, ia juga telah melancarkan kempen bagi meningkatkan kesedaran dan mengurangkan penularan pandemik Covid-19 menerusi siri video pendek di saluran media sosialnya.-Bernama

Artikel Berkaitan: