MK3D platform RISDA perkasa usahawan pekebun kecil

A
A
A

Mohd Rozi menunjukkan antara produk pakaian batik yang dijual di MK3D yang diadakan di MITEC, Kuala Lumpur.
Mohd Rozi menunjukkan antara produk pakaian batik yang dijual di MK3D yang diadakan di MITEC, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Peranan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dalam membantu usahawan dibawah bimbingannya telah berjaya meningkatkan daya saing mereka dalam sektor pertanian dan perniagaan sekali gus membantu sosiekonomi mereka.

Anak pekebun kecil yang menerima bantuan keusahawanan RISDA, pengasas bersama jenama Cikgu Ana, Mohd Farhan Azuan Mohd Azlan, 37 berkata, RISDA banyak membantu dalam membangunkan perniagaannya sehingga berkembang lebih maju dalam tempoh tiga tahun.

Menurutnya, inisiatif bantuan daripada RISDA telah memacu peningkatan keuntungan perniagaannya sebanyak 40 hingga 60 peratus.

"Sebelum menyertai RISDA pada 2022, jualan bulanan kami hanya sekitar RM5,000 hingga RM6,000 sahaja.

"Kini, hasil kerjasama serta bantuan seperti penyertaan dalam RISDA Groombig Challenge dan perolehan mesin pembungkusan, jualan kami telah meningkat kepada RM20,000 hingga RM40,000 sebulan. Terima kasih RISDA," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau ditemui pada Karmival Mega 3 Dimensi (MK3D 2025) yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Jenama Cikgu Ana yang diasaskan oleh Rohana Mohd Isa di bawah RMI Industries kini mempunyai lebih 50 produk berasaskan cili seperti pes masakan, sos dan produk sedia dimakan.

Artikel Berkaitan:

Mohd Farhan Azuan menunjukkan antara produk Cikgu Ana yang dijual di MK3D yang diadakan di MITEC, di Kuala Lumpur.
Mohd Farhan Azuan menunjukkan antara produk Cikgu Ana yang dijual di MK3D yang diadakan di MITEC, di Kuala Lumpur.

Mohd Farhan Azuan berkata, RISDA bukan sahaja membawa banyak perubahan besar kepada perniagaannya, malah turut memperkenalkan teknologi retort atau penstrilan dalam penyediaan produk membantu dalam menangani cabaran utama ketahanan paket sekali gus memastikan kualiti makanan terjamin.

Sementara itu, penerima bantuan RISDA yang merupakan pengasas Maizz Handmade Ent, Eza Syazwani Rahaman@Zainal, 38 berkata, inisiatif agensi itu menerusi sumbangan peralatan dan jemputan ke program usahawan seperti MK3D turut meningkatkan teknik pemasaran perniagaannya.

Mohd Rozi menunjukkan antara produk pakaian batik yang dijual di MK3D yang diadakan di MITEC, Kuala Lumpur.
Mohd Rozi menunjukkan antara produk pakaian batik yang dijual di MK3D yang diadakan di MITEC, Kuala Lumpur.

“Saya menggunakan peluang berada di MK3D dengan sebaiknya untuk memperkenalkan produk berasaskan bantal ini ke pasaran lebih besar. Sebelum ini, saya seorang suri rumah dan menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan sahaja.

EZA SYAZWANI
EZA SYAZWANI

“Saya berharap dengan menyertai program usahawan seperti ini, perniagaan saya akan dikenali dan tempahan akan semakin meningkat. Saya amat menghargai segala usaha RISDA dalam meningkatkan perniagaan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengasas Zyart Batik, Mohd Rozi Adam, 50 turut mengucapkan penghargaan kepada RISDA yang banyak membantu golongan usahawan kecil sepertinya memajukan perniagaan melalui bimbingan dan pelbagai kaedah pasaran.

Mohd Rozi menunjukkan antara produk pakaian batik yang dijual di MK3D yang diadakan di MITEC, Kuala Lumpur.
Mohd Rozi menunjukkan antara produk pakaian batik yang dijual di MK3D yang diadakan di MITEC, Kuala Lumpur.

"Saya telah bersama dengan RISDA hampir 10 tahun. Selain memperkenalkan program seperti ini, RISDA juga menghadiahkan saya galeri batik, hasil kemenangan dalam RISDA Groombig Challenge.

"Dengan adanya galeri sendiri, ia memudahkan kerja saya termasuk dari segi mempromosikan produk-produk yang ada," kata Mohd Rozi.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!