Petani mengaku tidak bersalah seludup enam pendatang asing

Tertuduh di mahkamah pada Jumaat.
Tertuduh di mahkamah pada Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Seorang petani dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup enam pendatang asing pada Jun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Salim Ahmad, 61, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Mengikut kertas pertuduhan, Salim didakwa menyeludup enam pendatang warga Indonesia berusia antara 25 hingga 47 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kaunter 04, Zon C Kawalan Keluar Kenderaan, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, pada 14 Jun lalu.

Tertuduh yang juga pemastautin tetap didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran 2007.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Imigresen, Nur Suriati Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 13 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!