'Maaf YB, itu batik buatan Kelantan'

Anwar mengenakan batik ketika membentangkan RMK13 di Dewan rakyat pada Khamis.
Anwar mengenakan batik ketika membentangkan RMK13 di Dewan rakyat pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - "Maaf YB, itu batik Malaysia buatan Tunjung, Kelantan.

Demikian tegas Pengasas Bujins Batik, Amir Harith sekali gus menolak dakwaan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim yang mendakwa baju batik dipakai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) pada Khamis dari Indonesia.

Anak muda berusia 35 tahun itu berkata, Anwar telah beberapa kali menggayakan batik yang dilukis serta dihasilkan di butiknya dalam program rasmi kerajaan.

Hantaran Amir Harith berkaitan penafian terhadap dakwaan Ahmad Amzad.
Hantaran Amir Harith berkaitan penafian terhadap dakwaan Ahmad Amzad.

"Batik yang dikenakan oleh Perdana Menteri dianggarkan bernilai RM900 hingga RM1,800.

"Bujins Batik telah ditubuhkan sejak 2009 dan beroperasi di Tunjung. Saya aktif melukis batik sejak berusia 19 tahun," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Terdahulu Ahmad Amzad memuat naik satu hantaran di Facebook mempersoalkan tindakan Anwar memilih batik yang didakwa mempunyai motif daripada Indonesia.

Artikel Berkaitan:

Anwar telah beberapa kali menggayakan batik dari Bujins Batik yang dilukis serta dihasilkan di butiknya dalam program rasmi kerajaan.
Anwar telah beberapa kali menggayakan batik dari Bujins Batik yang dilukis serta dihasilkan di butiknya dalam program rasmi kerajaan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu meminta Anwar supaya berhati-hati memilih pakaian bersesuaian semasa peristiwa penting.

Bagaimanapun Ahmad Amzad memadamkan hantaran tersebut selepas Bujins Batik menafikan perkara tersebut menerusi hantaran dilaman sosial rasmi miliknya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!