Pengeluaran bulanan KWSP tidak wajar diwajibkan - Ahli Parlimen DAP

Yeo Bee Yin
Yeo Bee Yin
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang ahli Parlimen DAP menegaskan bahawa polisi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bulanan tidak seharusnya dijadikan mandatori.

Yeo Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Puchong, berkata demikian kerana wang KWSP merupakan hasil titik peluh rakyat.

“Mereka berhak menentukan bagaimana simpanan digunakan. Oleh itu, saya ingin menyuarakan bahawa dasar tersebut tidak seharusnya diwajibkan.

“KWSP adalah wang hasil titik peluh rakyat dan kerajaan harus membiarkan orang ramai memutuskan apa yang perlu dilakukan dengan simpanan mereka,” katanya menerusi laman Facebook pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan dalam dokumen Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang menyatakan bahawa pendekatan baharu terhadap KWSP “akan diteroka”.

Sebelum ini, kerajaan memaklumkan bahawa satu mekanisme yang lebih baik akan diteroka bagi menjamin pendapatan yang berterusan selepas bersara, memandangkan simpanan persaraan yang mencukupi adalah penting untuk kebajikan pekerja pada usia tua.

Dalam laporan RMK13 yang diterbitkan oleh Kementerian Ekonomi, mekanisme ini akan membolehkan pengasingan caruman KWSP kepada dua komponen, iaitu simpanan persaraan dan pencen persaraan.

Katanya, pesara bukan lagi kanak-kanak yang perlu diberitahu oleh kerajaan tentang apa yang terbaik untuk mereka.

“Mereka tidak perlukan kerajaan untuk tujuan tersebut,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Bee Yin turut memetik kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton, iaitu “era kerajaan besar sudah berakhir”.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!