Ubat HIV, malaria didakwa mampu sembuhkan Covid-19

David Paterson ingin menguji lebih ramai pesakit positif Covid-19 untuk menguji keberkesanan ubat sedia ada.
David Paterson ingin menguji lebih ramai pesakit positif Covid-19 untuk menguji keberkesanan ubat sedia ada.
A
A
A

CANBERRA - Penyelidik di Australia mendakwa dua ubat sedia ada yang digunakan untuk mengubati HIV dan malaria boleh digunakan untuk menangani koronavirus (Covid-19).

Menurut laporan Daily Mail, pasukan pakar penyakit berjangkit di Universiti Queensland di Brisbane berpendapat, Chloroquine, dadah antimalaria dan kombinasi lopinavir/ritonavir yang menghalang HIV menunjukkan hasil memberangsangkan dalam ujian ke atas manusia selain mampu menghilangkan jangkitan pada pesakit yang dijangkiti.

Dadah itu sedang diuji dan penyelidik serta doktor di seluruh dunia kini sedang bertungkus-lumus membangunkan vaksin, penawar atau rawatan untuk Covid-19.

Penyelidik, Profesor David Paterson, berharap untuk menguji lebih ramai individu dalam ujian farmaseutikal yang lebih besar menjelang akhir bulan ini.

"Apabila ubat lopinavir/ritonavir HIV diberi kepada individu yang dijangkiti koronavirus di Australia, jangkitan itu hilang. Ia berpotensi untuk menjadi rawatan yang berkesan.

"Apa yang kita mahu lakukan pada masa ini adalah percubaan klinikal yang besar di seluruh Australia, mungkin melibatkan 50 buah hospital. Kami ingin bandingkan satu ubat dengan ubat lain dan gabungan kedua-dua dadah itu," katanya kepada news.com.au. - Agensi

Artikel Berkaitan: