Tujuh negeri di Venezuela dikuarantin bendung Covid-19

Venezuela mencatatkan peningkatan kes sebanyak 19 berbanding sebelum ini 10 kes.
Venezuela mencatatkan peningkatan kes sebanyak 19 berbanding sebelum ini 10 kes.
A
A
A

BUENOS AIRES - Presiden Venezuela, Nicolas Maduro hari ini mengisytiharkan tujuh negeri akan dikenakan perintah kuarantin termasuk Caracas untuk mengekang penularan wabak novel koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Sputnik.

"Bermula 5 pagi (09.00 GMT) pada 16 Mac, kuarantin akan dikuatkuasakan di wilayah La Guaira, Miranda, Cojedes, Zulia, Apure, Tachira dan Caracas," kata Maduro dalam ucapannya.

Langkah itu memerlukan rakyat tidak pergi bekerja dan perlu tinggal di rumah, sementara sekolah dan universiti turut ditutup.

Venezuela mencatatkan peningkatan kes sebanyak 19 berbanding sebelum ini 10 kes. - Bernama

Artikel Berkaitan: