India keluar amaran gelombang haba di tujuh negeri

Jabatan Meteorologi India mengeluarkan amaran gelombang haba di tujuh negeri. - Gambar hiasan 123RF
Jabatan Meteorologi India mengeluarkan amaran gelombang haba di tujuh negeri. - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

NEW DELHI - Jabatan Meteorologi India mengeluarkan amaran gelombang haba di tujuh negeri, kata pegawai pada Ahad, lapor Xinhua.

Gelombang haba berkemungkinan besar berlaku di beberapa kawasan di Uttar Pradesh dan Gangetic West Bengal, Jharkhand, selatan Haryana, barat Rajasthan, Chhattisgarh dan utara Madhya Pradesh.

Cuaca panas dan tidak selesa dijangka berlaku di Odisha dalam tempoh lima hari akan datang selain di wilayah Konkan, Andhra Pradesh, Tamil Nadu dan Kerala sehingga Isnin. - Bernama