Berlakon jadi penyelamat, Israel terus main wayang

Sekumpulan rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak, dilihat berebut untuk mendapatkan makanan panas di sebuah dapur amal di kawasan Mawasi, Khan Yunis, selatan Gaza. Foto AFP
Sekumpulan rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak, dilihat berebut untuk mendapatkan makanan panas di sebuah dapur amal di kawasan Mawasi, Khan Yunis, selatan Gaza. Foto AFP
A
A
A

KETIKA negara antarabangsa mengambil langkah menggugurkan bantuan dari udara untuk meringankan penderitaan penduduk Gaza yang dilanda krisis kebuluran semakin meruncing, Israel sekali lagi cuba bermain wayang apabila secara tiba-tiba menggunakan kaedah sama pada akhir minggu lalu.

Bantuan yang digugurkan bagaimanapun adalah dalam jumlah yang terhad iaitu hanya tujuh palet yang mengandungi tepung, gula dan makanan dalam tin yang tidak dapat menampung keperluan kira-kira 2.2 juta penduduk Palestin.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang selama ini menjadikan makanan sebagai ‘senjata perang’ berpura-pura mempamerkan sisi empati mereka dengan mengumumkan penubuhan koridor kemanusiaan untuk aliran selamat konvoi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghantar bantuan kepada penduduk Palestin.

Seperti ada udang di sebalik batu, Kementerian Luar Israel turut mengumumkan ‘jeda taktikal’ di beberapa bahagian enklaf itu selepas kempen pengeboman tanpa henti dilancarkan ke atas Gaza di bawah perang genosid yang sudah berlarutan selama 21 bulan.

IDF cuba sembunyikan fakta sebenar apabila menafikan tidak berlaku krisis kelaparan teruk seperti dihebahkan agensi bantuan dan Hamas.

Kaedah bantuan udara yang kembali digunakan Jordan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagaimanapun dikritik Ketua Agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini.

Beliau berpendapat tindakan menggugurkan bantuan dari udara adalah tidak cekap dan cubaan untuk mengalih perhatian daripada punca utama masalah tersebut.

Lazzarini juga percaya kaedah itu tidak akan mengatasi krisis kebuluran yang semakin teruk di Gaza kerana kosnya adalah jauh lebih mahal dan berbahaya kepada orang awam jika ditimpa palet bantuan seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Menurutnya, ketika pelaksanaan gencatan senjata terakhir pada Januari lalu, krisis kelaparan di Gaza berjaya diatasi selama kira-kira dua bulan sebelum tempoh bertenang itu dilanggar Zionis.

Artikel Berkaitan:

Tatkala Israel bermain sandiwara dengan cuba menjadi hero penyelamat di bawah taktik lapuk untuk mengaburi mata komuniti antarabangsa, lebih 100,000 kanak-kanak termasuk kira-kira 40,000 bayi hadapi risiko kebuluran yang mengancam nyawa.

Angka kematian akibat malnutrisi di Gaza telah meningkat kepada lebih 120 orang termasuk puluhan kanak-kanak dan situasi yang kian membimbangkan itu sepatutnya menjadi penggera buat dunia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!