Covid-19: PM dijangka membuat pengumuman penting

Sidang media Muhyiddin sebentar tadi.
Sidang media Muhyiddin sebentar tadi.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan membuat pengumuman penting berhubung kebimbangan semasa terhadap penularan wabak Covid-19.

Pengumuman tersebut akan dibuat menerusi stesen televisyen jam 9 malam ini.

"Secara ringkasnya ia berkaitan dengan langkah kerajaan untuk menangani Covid-19.

"Kita akan ke udara untuk menerangkan tindakan kerajaan dalam mengawal penularan Covid-19," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di sini hari ini.

Ditanya adakah kerajaan mempertimbangkan perintah berkurung, beliau berkata:

"Sila tunggu (pengumuman)," katanya.

Sebelum pengumuman itu, Muhyiddin akan mempengerusikan mesyuarat khas lewat petang ini bersama kementerian dan agensi terlibat termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Sementara itu, Muhyiddin memberi jaminan bahawa keperluan makanan mencukupi bagi menampung seluruh rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta pemain industri telah diminta untuk memantau perkembangan semasa bagi memastikan bekalan keperluan asas terutamanya makanan mencukupi.

"Jangan tergesa-gesa (membuat pembelian)," katanya.

Tambahnya, dalam keadaan krisis, kesemua kedai yang menjual barangan keperluan terus dibuka.

"Kedai akan dibuka supaya orang ramai tetap dapat membeli keperluan mereka," katanya.