Warga emas meninggal dunia ketika mendaki bukit

Seorang lelaki warga emas maut ketika melakukan aktiviti mendaki bukit di Hutan Simpan Cerok Tokun, di sini pada petang Sabtu.
Seorang lelaki warga emas maut ketika melakukan aktiviti mendaki bukit di Hutan Simpan Cerok Tokun, di sini pada petang Sabtu.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki warga emas maut ketika melakukan aktiviti mendaki bukit di Hutan Simpan Cerok Tokun, di sini pada petang Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, mangsa yang berusia 67 tahun, disahkan meninggal dunia selepas pengsan ketika melakukan aktiviti riadah berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.59 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam dikerahkan ke lokasi.

"Lelaki warga emas terbabit dilaporkan rebah ketika mendaki. Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

"Dengan kekuatan enam anggota berjaya menurunkan mangsa dari kawasan pendakian ke kaki bukit," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

John Sagun berkata, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.38 malam.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!