Sengketa Thailand-Kemboja memuncak kembali

Peta lokasi pertempuran terbaharu di sempadan yang bermula pada Khamis.
Peta lokasi pertempuran terbaharu di sempadan yang bermula pada Khamis.
A
A
A

PERTIKAIAN sempadan Thailand-Kemboja sepanjang 800 kilometer bermula sejak lebih seabad lalu dan permusuhan secara rasmi tercetus pada 2008 apabila Phnom Penh cuba mendaftarkan Kuil Preah Vihear pada abad ke-11 terletak di kawasan pertikaian sebagai Tapak Warisan UNESCO di bawah langkah yang dibantah Bangkok.

Selama bertahun-tahun, berlaku pertempuran sekali-sekala di sempadan.

Konflik kembali meningkat pada 28 Mei lalu selepas seorang askar Kemboja maut dalam pertempuran di sempadan hingga menyebabkan hubungan dua hala berada pada tahap terendah dalam tempoh lebih sedekad.

Krisis itu berterusan selepas Bangkok dan Phnom Penh mengenakan sekatan di sempadan termasuk larangan import sayur-sayuran dan buah-buahan serta menyekat perkhidmatan internet.

Ketegangan terus memuncak pada bulan lalu susulan insiden kebocoran rakaman panggilan telefon antara Perdana Menteri Thailand digantung tugas, Paetongtarn Shinawatra dan pemimpin berpengaruh Kemboja, Hun Sen.

Pada awal Khamis, Phnom Penh menurunkan hubungan diplomatik dengan mengusir Duta Thailand dan memanggil pulang staf kedutaan mereka di Bangkok sebagai respons terhadap penutupan lintasan sempadan timur laut dengan Kemboja

Sehari sebelum itu, Thailand mengumumkan pengusiran Duta Kemboja sebagai membantah insiden letupan periuk api yang mencederakan lima askar mereka.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!