Empat premis disita, halang laluan awam

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita peralatan perniagaan termasuk kerusi dan meja serta mengeluarkan empat notis kompaun terhadap pemilik premis di sekitar Jalan Telawi, Bangsar dalam satu Operasi Tindakan Khas di ibu negara.
DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi berkenaan dilaksanakan hasil aduan serta pemantauan terhadap premis-premis perniagaan, khususnya restoran yang dikesan meletakkan kerusi dan meja di kawasan kaki lima dan laluan pejalan kaki tanpa kebenaran.
"Hasil daripada operasi, sebanyak empat notis kompaun telah dikeluarkan manakala empat tindakan sitaan dan pindah halangan turut diambil terhadap premis-premis perniagaan yang melakukan kesalahan itu," menurut kenyataan itu di Facebook pada Khamis.
DBKL turut menegaskan, tindakan seperti itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan laluan awam sentiasa selamat dan tidak dihalang oleh sebarang peralatan perniagaan.
Orang awam yang ingin membuat aduan atau memberikan maklum balas boleh berbuat demikian melalui pautan berikut: https://adukl.dbkl.gov.my.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

