Tiada bukti sahih dakwaan Jho Low di Shanghai - Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika mengadakan sidang media selepas menghadiri lawatan kerja ke Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (National Scam Resonse Centre -NSRC) di Sasana Kijang pada Khamis. Foto Bernama
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika mengadakan sidang media selepas menghadiri lawatan kerja ke Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (National Scam Resonse Centre -NSRC) di Sasana Kijang pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada bukti sahih terhadap laporan yang menyatakan keberadaan Low Taek Jho atau Jho Low yang dikatakan menetap di sebuah kawasan elit di Shanghai, China dengan menggunakan pasport Australia palsu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya bekerjasama erat dengan pihak berkuasa antarabangsa bagi mengesan Jho Low.

"Kementerian Dalam Negara menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalinkan kerjasama secara berterusan dengan agensi penguat kuasa antarabangsa.

"Setakat ini, laporan mengenai keberadaan individu (Jho Low) itu dan pasport yang digunakannya tidak disertakan dengan fakta sokongan dan bukti yang sahih," katanya pada sidang akhbar selepas lawatan kerja di Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di sini pada Khamis

Pada Sabtu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau belum menerima sebarang maklumat rasmi mengenai keberadaan Jho Low.

Anwar dilaporkan berkata, setakat ini kerajaan Malaysia belum mendapat sebarang maklumat sahih berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, dua wartawan penyiasatan terkenal, Bradley Hope dan Tom Wright, mendedahkan bahawa Jho Low dipercayai kini menetap di kawasan eksklusif Green Hills, Shanghai, serta beroperasi dari sebuah pejabat di Pusat Kewangan Shanghai.

Laporan yang dikemukakan dalam siaran langsung Finding Jho Low: Live with Bradley Hope & Tom Wright pada Jumaat itu turut menyatakan bahawa Jho Low menggunakan pasport Australia palsu dan memandu kenderaan mewah di sana.

Lebih mengejutkan, pendedahan tersebut turut mendakwa bahawa individu utama dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu kini berperanan sebagai penasihat strategik kepada kerajaan China.

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!